Monday, January 31, 2022

Pengalaman disahkan Positif Covid 2021 (part 1)

Bermula dengan mesej dari pengasuh anak yang memaklumkan dia adalah close contact pada anak saudaranya, bermula lah saya sekeluarga self quarantine di rumah. Pengasuh sekeluarga buat swab test di PKRC Stadium Pasir Gudang pada 27/7/2021. Sementara tunggu result swab test pengasuh keluar, hamzi da mula demam dan kebah lepas 2 hari.

Selepas hamzi, suami pulak demam dan kemudian berjangkit ke saya dan terakhir Diana. Kami memang da kuarantin di rumah, order barang dapur guna food panda, tak keluar kemana mana pun selagi tak dapat result swab pengasuh. Naluri hati dah berbisik, rasa macam kena covid ni, sebab demam berjangkit sekeluarga, dan masa demam tu memang sakit2 badan sama macam masa inject vaksin AZ dos pertama.

Jumaat malam, 30/7/21 dapat berita dukacita pengasuh sekeluarga Positif Covid. Allahuakbar. Maklumkan majikan dan disuruh tunggu panggilan KKM. Saya pun berbincang dengan kakak, sebab hamzi ada tido semalam di rumah nya hujung minggu sebelum tu. Kakak pun nasihat pergi swab test esok pagi, supaya dia pun dapat ambil tindakan.

Pagi 31/7/2021 kami berempat buat swab test PCR di Poliklinik Penawar pukul 10 pagi. Hamzi dan diana mestilah nangis kena cucuk hidung, tapi alhamdulillah lepas masuk kereta semua okay je. Esok nya 1/8/2021.. lepas subuh tu kakak da msg bagitahu kami sekeluarga positif. Perasaan mase tu tak terkejut, sebab perasaan masa tu da boleh teka. Sebab da demam beramai-ramai sebelum buat swab test lagi.

Bermulalah episod nak kena pakai gelang. Bercinta sungguh sebab masa ni kes mencanak.. beratus kereta beratur di stadium Pasir Gudang.


Kita sambung lagi lah nanti ye 

Tuesday, December 28, 2021

My first Shaklee!

 


My first shaklee 😍😍

Dah lama tengok produk shaklee ni tapi sebab bulan ni special pulak dapat free member, haruslah gue cuba!! And macam biasa bila dah cuba, dah suka, sambil2 tu kita cari lah duit tepi kan. Boleh jugak tambah tambah tabung jalan jalan ❤️❤️

Soooo kalau berminat nak cuba jugak atau nak tau special promo bulan ni, roger je tau!


Wednesday, July 14, 2021

Ice - Breaking!

 Hi!

Mesra dengan panggilan Azi, saya berasal dari Johor. Geng IC 01 tolong angkat tangan?

Tujuan Azi start blog ni untuk berkongsi tips and sharing yang diharapkan bermanfaat untuk semua.

Apa saja yang dikongsi di sini adalah pengalaman dan pandangan personal saya sendiri ya :)

Jangan lupa tinggalkan komen ya!